DATE:
30 July 2016
VENUE:
DeltaPrima Metering Sdn Bhd.
PROGRAMME:
Program Rumah Terbuka Aidilfitri juga telah menjadi kelaziman bagi syarikat DMC, DPSB & DPM untuk diadakan pada setiap tahun bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim yang telah tersedia bukan sahaja antara DMC dan anak syarikat tetapi juga dengan pihak luar iaitu pembekal dan para pelanggan.  Namun pada tahun ini,majlis Rumah Terbuka Aidilfitri hanya melibatkan ahli keluarga dan kakitangan sahaja seperti yang dilakukan pada tahun lepas iaitu tahun 2015. Tujuan penganjuran majlis ini adalah merapatkan silaturahim dan juga membuka peluang untuk memperluaskan lagi pergaulan bukan sahaja sesama kakitangan tetapi bersama-sama dengan ahli keluarga mereka.
Click For More Pictures:
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
TARIKH:
16hb – 17hb Mei 2015
TEMPAT:
Felda Residence Hot Spring, Sungkai, Perak
PROGRAM:
Pada 16 Mei 2015 yang lalu, Damini Corporation telah menganjurkan Program Team Building (Teaming with Passion) 2015. Program ini telah diketuai oleh fasilitator jemputan, En Zafri Affendi daripada syarikat Universal Team Builder. Beliau bersama-sama 6 orang pembantu telah bersama-sama menjayakan Program Team Building kali ini.
Program ini telah disertai seramai 101 orang kakitangan termasuk kakitangan anak syarikat iaitu Delta Perdana Sdn Bhd dan Delta Prima Metering Sdn Bhd. Terdapat beberapa objektif bagi program ini antaranya mewujudkan sikap terbuka terhadap perubahan baru dan komited ke arah visi syarikat, perancangan serta harapan. Seterusnya, meningkatkan keyakinan kakitangan serta sikap kerjasama dan kepercayaan yang selari dengan misi syarikat. Akhir sekali, melonjakkan standart kakitangan syarikat dengan memberikan kerjasama secara berpasukan dan boleh berkomunikasi dengan baik.
Program ini juga dijalankan dengan melakukan pelbagai aktiviti secara berkumpulan yang mana selari dengan objektif program. Program ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran En Borhanuddin Ramli yang bersama-sama menyertai.
Click For More Pictures:
TARIKH:
14hb Mac 2015
TEMPAT:
U-Bowl, One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
PROGRAM:
Baru-baru ini, Kelab Kebajikan Sukan & Rekreasi Damini Corporation Sdn Bhd (KEKAD) dengan kerjasama semua Jabatan di DMC telah menganjurkan Pertandingan Bowling Damini Corporation Sdn Bhd 2015 di U-Bowl, One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya. Pertandingan ini telah disertai oleh 64 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan DMC di mana kesemua peserta telah dibahagikan kepada 16 kumpulan yang merangkumi 4 orang peserta bagi setiap kumpulan. Sebagai wakil pihak Pengurusan DMC, En. Sofian Salleh, Pengurus Besar Divisyen 2 telah merasmikan pertandingan ini dengan balingan sulung bagi memulakan perlawanan pada jam 9.00 pagi dan berlangsung sehingga jam 12.00 tengahari iaitu diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Click For More Pictures:
DATE:
14 November 2014
VENUE:
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
PROGRAMME:
The Enteprise 50 awards (E50) is a prestigious award programme to celebrate and highlight the achievements of enterprising small and medium companies that are well positioned for the future. 50 winners are selected from their financial capabilities, operations and managements skills, amongst the nominations received.
Damini Corporation Sdn Bhd is proud to be one of the E50 award winner for 2014. This award’s ceremony and Gala Dinner was successfully held on 14 November 2014 at Kuala Lumpur Convenction Centre and it was launched by Ybhg. Datuk Sri Mustafa Mohammad, Ministry of Trade.
Click For More Pictures:
DATE:
28hb Mac 2014
VENUE:
Ibu Pejabat, Damini Corporation Sdn. Bhd.
PROGRAMME:
Damini Corporation Sdn Bhd (DMC) telah mengadakan Majlis Sepetang Bersama Pengarah Urusan pada 28 Mac 2014 bertempat di Ibu Pejabat DMC. Majlis tersebut diadakan sempena pemberian imbuhan tahunan kepada kakitangan sebagai tanda penghargaan daripada pihak syarikat. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Tn. Hj. Borhanuddin Ramli selaku Pengarah Urusan Damini Corporation Sdn Bhd. yang turut mengandungi beberapa nasihat serta harapan agar semua kakitangan akan berusaha lebih gigih lagi untuk mengekalkan prestasi yang baik dan bersama-sama berusaha untuk memajukan lagi syarikat.
Click For More Pictures:
![]() |