Majlis Sepetang Bersama Pengarah Urusan 2014
DATE:
28hb Mac 2014
VENUE:
Ibu Pejabat, Damini Corporation Sdn. Bhd.
PROGRAMME:
Damini Corporation Sdn Bhd (DMC) telah mengadakan Majlis Sepetang Bersama Pengarah Urusan pada 28 Mac 2014 bertempat di Ibu Pejabat DMC. Majlis tersebut diadakan sempena pemberian imbuhan tahunan kepada kakitangan sebagai tanda penghargaan daripada pihak syarikat. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Tn. Hj. Borhanuddin Ramli selaku Pengarah Urusan Damini Corporation Sdn Bhd. yang turut mengandungi beberapa nasihat serta harapan agar semua kakitangan akan berusaha lebih gigih lagi untuk mengekalkan prestasi yang baik dan bersama-sama berusaha untuk memajukan lagi syarikat.
Click For More Pictures: